Friday, January 29, 2010
Ulasan Buku
TAJUK : PENAMPILAN DIRI BERKUALITI
NO PENGKELASAN : 300
RAK : FALSAFAH & PSIKOLOGI
TERBITAN : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS
TAHUN : 2001 (ULANG CETAK 2004)
MUKASURAT : 194
PENULIS : DR. ROBIAH K. HAMZAH
SINOPSIS :
Penampilan mempunyai pengaruh yang tinggi ke atas potensi kejayaan seseorang. Kajian menunjukkan individu-individu yang menarik dipandang sebagai seorang yang lebih pintar, lebih berbakat, lebih pandai bergaul dan lebih yakin akan dirinya dibandingkan dengan mereka yang kurang menarik. Persepsi positif seperti inilah yang menyebabkan individu-individu yang berpenampilan menarik lebih mudah diterima bekerja dan mereka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.
Pakar-pakar memberitahu, untuk memliki penampilan yang menarik, seseorang itu tidak perlu memiliki wajah yang tampan ataupun jelita kerana wajah hanyalah salah satu daripada unsur-unsur yng mencipta daya penarik, maka itulah sebabnya kebanyakkan orang dapat meningkatkan penampilannya.
Pada masa ini begitu ramai orang mempunyai kelulusan akademik yang sama tingginya. Oelh itu, persaingan menjadi lebih sengit bagi mendapatkan jawata-jawatan yang baik. Dalam keadaan begini seseorang itu perlu memiliki ciri-ciri tambahan bagi mencapai kejayaan. Salah satu ciri itu ialah penampilan yang menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)